Management

Pengarah Bersekutu

Theresa Lam

Pemangkin dalam transformasi perniagaan, Theresa berpengalaman dalam pengurusan kanan industri pembuatan sebelum berkecimpung dalam dunia perhubungan awam. Dengan pendedahan di peringkat antarabangsa, di mana Theresa pernah menetap di Hong Kong, United Kingdom, Singapura, dan Malaysia, dia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza dan bertindak sebagai penghubung antara kepelbagaian budaya.

Pengalaman Theresa dalam agensi meliputi kedua-dua komunikasi korporat dan kepenggunaan termasukah komunikasi kewangan, perkhidmatan pelanggan dari pelbagai industri dan meliputi jenama antarabangsa serta syarikat tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana. Theresa memegang Ijazah Sarjana dalam Komunikasi, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Undang-undang, dan Sijil Perhubungan Pelaburan dari Persatuan Perhubungan Pelabur United Kingdom.